Wednesday 21 May 2014

21 MAY 2014 (PART 2)




Aku mula kelas hari nie, dengan jaga kelas periksa.
Sebab nak cuti sekolah lama so sekarang musim peperiksaan.
Kelas pertama aku masuk, 1 Mutiara kertas Matematik.
Perghh, mengucap aku layan diorg.
Aku duduk sekejap je, aku dah tahu siapa yang nakal.

“Cikgu, cikgu ajar kelas form 2 eh? Ke form 1?”
“Hmm”
“Form2?”
“Diamlah”

“Cikgu, cikgu ajar subject apa?”
*raised eyebrow*
“cikgu ajar matematik eh?
“Bukan”
“Seni?”
“Bukan”
“Sejarah?”
“Haa teka lah kau. Eh dah diamlah”
“Cikgu, cikgu ngaja petang ke pagi?”
“Petang”
Weh, aku baru masuk daftar hari nie, kau nak aku jawab apa?
Ta kan nak cakap aku baru masuk hari nie. Malu le aku. Haha

“Cikgu, macam mana nak tulis jawapan nie?  Tuliskan samada pecahan ini 3/5 dan *apatah satu lagi pecahan* setara atau tidak?”
*macam mana aku nak jawab nie? Aku dah lupa. Hmm*
“Jawab la setara atau tidak”
“ok”

“Cikgu, macam mana soalan ni? Senaraikan nombor factor bagi 27?”
“Hmm, awk belajar macam mana?”
“Lupalah cikgu”
“Tak study la tu”
“Ala”
Kalau la kau tahu, aku sebenarnya dah lupa natang tu. Adoi.
Hahaha
Tapi aku ta cakap. Jatuh kredibiliti aku nanti.
Hahaha
 Kat kertas soalan tulis ‘calculator tidak dibenarkan’
Diorg tanya aku macam mana nak kira, mana lah aku tahu.
Biasa guna calculator, sekarang 3+5 pon aku tekan calculator.
Hahah teruk lahai.

Itu masa exam, masa nak kutip kertas lagi satu hal.
“yang depan sekali bangun kutip kertas kawan awk bawa ke belakang”
Dalam 6 column, yang dengar kata 2 column je.
Yang lain dok berkumpul cek jawapan.
Ada tu siap berlari bwk kertas keliling kelas nak tanya jawapan.
Geramnya aku ! ! !
Ta pe, sabar. Sabar. Cara pertama ta jalan.
Kelas last, aku suruh ketua kelas kutip sebelah sana aku kutip jawapan sebelah sini.
Ok, berjalan lancar.
Mungkin sebab kelas Form2.
Kelas form2 senang sikit nak handle la kot sebab dia dah besar.

Kelas pukul 3.30 ptg, giliran aku pulak edarkan kertas soalan.
Aku pesan “Jangan buka kertas soalan sampai saya benarkan. Sekarang cek kertas soalan, pastikan ada 60 soalan dan 15 halaman bercetak”
Kertas soalan cetak ta betul pulak, dengan kelas sebelah ta cukup soalan aku dah pening.
Dengan sorang sorang panggil cikgu sana cikgu sini.
Aku dah kecoh eh apa nie sabar sabar.
Hahaha
Bila dah tenang semua aku cakap “ Dengan lafaz bismillah, mulakan menjawab”
“Haa tak payah bercakap. Tak faham tanya saya, jangan tanya kawan awak. Kawan awak pon sama naik je dengan awak”
Budak nie gelak.
Hahaha
Dulu aku selalu dengar cikgu dan lecturer cakap macam tu.
Sekarang aku cakap balik kat pelajar sekolah menengah.
Hahaha

Korang doakan keberkesanan aku kat sini ea.
Semoga aku berjaya buat experiment.
Semoga aku bersabar dengan kerenah budak-budak sini sebab aku nie kadang-kadang baran juga.

Hahaha 

Love, AFIQAHAMIRA


21 MAY 2014 (PART 1)



Holla !
Hehehe
Semalam 21 May 2014, aku mula daftar sebagai Guru Ganti di SMK Bandar Seri Putra.
Sekolah mira. Hahaha
Aku nak kerja tapi kerja yang ada aku macam ta minat ataupun kata nak call tapi macam haram.
Geram aku heh.
So last effort aku, apply cikgu kat sekolah dekat-dekat sini.
Aku hantar resume online tu, jumpa pengetua, terus dapat jawatan.
Aik, senangnya. Tapi kenapa macam aku kenal je pengetua nie? Kat mana aku jumpa dia? Hmm
Mira kata tu cikgu koko kat sekolah Jalan Reko.
Terus berkembang otak aku ‘oh, dia cikgu sc form3 aku dulu
Bila jumpa cikgu Salmah, dia kata ‘panggil la classmate awk kerja sini. Ramai cikgu yang tunggu giliran nak bersalin nie. Pengetua pon nak cari pelajar sekolah reko dulu’.
Aku macam, oh patutlah kemain senang aku dapat jawatan.
Hahaha

Aku ganti cikgu Noridayu,  cikgu subjeck Science dan Sivik Tingkatan 2, dan guru kelas 2 Berlian.
Amboi engko, terus naik jadi guru kelas haa.
Guru kelas ‘terjun’.

Bila aku bukak ws, diorg kata,
ta berani la ajar sekolah menengah
budak-budak sekarang nakal. Kadang-kadang kena jerit
pehh ajar science
Bila diorg kata macam tu aku terus terfikir, ‘macam mana aku nak conduct experiment?
Macam mana supaya ta da yang cedera, macam mana supaya diorg faham, macam mana supaya dapat hasil macam dalam buku.
Macam mana? Macam mana? Macam mana? Pening lah. Hmm
Tetiba aku jadi risau. Rasa nak quit.
Budak-budak dia pon boleh tahan.
Takut aku weh adoi.
Cikgu kat sini siap cakap ‘budak sini nakal-nakal. Hantu nie semua nie. Cikgu lelaki dia takut la, cikgu perempuan dia ta kisah

‘…’

Sunday 11 May 2014

TERIMA KASIH




"Rindu".
Hanya itu yang mampu aku ungkap.

Segalanya bermula disini.
Kisah suka dan duka.
Riang dan tawa.
Tangisan dan sendu.
Mengenal erti hidup, usaha, susah senang, keikhlasan, jujur dan setia kawan.
5 semester harungi bersama.
Ada yang terkandas ditengah jalan.
Ada yang masih meneruskan perjuangan.
Ada yang 'past with flying colors'
Dan aku antaranya.
Alhamdulillah ke hadrat Ilahi.
Atas segala usaha, tawakkal dan doa.
Rezeki aku tertulis begini.
Walaupun ta sehebat yang lain, tapi aku dibayar atas usaha ku sendiri.

Segalanya juga terhenti disini.
Kisah suka dan duka.
Riang dan tawa.
Yang ada cuma tangisan.
Tangisan kerinduan.
Kenangan detik manis dan pahit, terimbas dilayar mata satu per satu.
"Sedih".
Hanya itu yang mampu aku ungkap.
Jika nak dibalas dengan nyata, satu buku belum tentu cukup.
Ada masa dan jodoh, pasti akan bertemu.
Doaku sentiasa, agar kalian berjaya dalam hidup dan begitu juga aku.

Terima kasih untuk peluang ini ya Allah.
Diploma Pentadbiran Awam, Semester 2 2011/2012.
UiTM Kampus Melaka,
Km 26 Jalan Lendu,
78000 Alor Gajah,
Melaka.

UiTM Di Hatiku.





Love, AFIQAHAMIRA.





Sunday 4 May 2014

SUMBAT








Resepi Sumbat.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:
250ml Dendam, jenama 'Silam'
150gm Rahsia Hitam
50gm Cinta, paket 'Cinta Terhalang'
3 sudu besar Air Mata
1/2 cawan Pengorbanan
5 ulas Kesetiaan (dihiris nipis)
8 kuntum Senyuman (sebagai hiasan)

Cara-cara:
1) Ayakkan 150gm Rahsia Hitam dengan 50gm 'Cinta Terhalang'.
2) Pastikan dapat tekstur halus.
3) Pukulkan 250ml Dendam 'Silam' hingga kembang.
4) Campurkan dengan adunan yang diayak tadi perlahan-lahan.
5) Kacau rata.
6) Selang-selikan dengan 1/2 cawan Pengorbanan dan 3 sudu besar Air Mata.
7) Bila sebati, masukkan hirisan Kesetiaan.
8) Kacau dengan teknik folding.
9) Tuang ke dalam baking tray dan bakarlah sepuas hati.
10) Hias dengan kuntum Senyuman. Voila !

(Author, 2014 Sumbat)

Resepi nie aku dapat dari sebuah buku berjudul 'Sumbat', tapi aku ta tulis pulak nama author dia. 
Hahaha.
Sorry.

'Sumbat' sesuai dihidangkan dalam apa jenis majlis, contohnya seperti Majlis Reunion yang bila ternampak balik muka tu buat mood hilang sebab terkenang semula kenangan lama.
Selain pada itu juga sesuai dihidang sebagai sarapan dan minum petang, dengan tambahan Lipton berperisa Oren dan Laici.
Dan jangan lupa untuk 'sumbat' dalam mulut orang yang 'tersayang' , hasil air tangan kita. Lebih manis katanya.

By the way, harap korang sudi tinggalkan komen selepas mencuba resepi ini.
Belum cuba, belum tahu.
Hehehe




Love, AFIQAHAMIRA.