Sunday, 4 May 2014

SUMBAT








Resepi Sumbat.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:
250ml Dendam, jenama 'Silam'
150gm Rahsia Hitam
50gm Cinta, paket 'Cinta Terhalang'
3 sudu besar Air Mata
1/2 cawan Pengorbanan
5 ulas Kesetiaan (dihiris nipis)
8 kuntum Senyuman (sebagai hiasan)

Cara-cara:
1) Ayakkan 150gm Rahsia Hitam dengan 50gm 'Cinta Terhalang'.
2) Pastikan dapat tekstur halus.
3) Pukulkan 250ml Dendam 'Silam' hingga kembang.
4) Campurkan dengan adunan yang diayak tadi perlahan-lahan.
5) Kacau rata.
6) Selang-selikan dengan 1/2 cawan Pengorbanan dan 3 sudu besar Air Mata.
7) Bila sebati, masukkan hirisan Kesetiaan.
8) Kacau dengan teknik folding.
9) Tuang ke dalam baking tray dan bakarlah sepuas hati.
10) Hias dengan kuntum Senyuman. Voila !

(Author, 2014 Sumbat)

Resepi nie aku dapat dari sebuah buku berjudul 'Sumbat', tapi aku ta tulis pulak nama author dia. 
Hahaha.
Sorry.

'Sumbat' sesuai dihidangkan dalam apa jenis majlis, contohnya seperti Majlis Reunion yang bila ternampak balik muka tu buat mood hilang sebab terkenang semula kenangan lama.
Selain pada itu juga sesuai dihidang sebagai sarapan dan minum petang, dengan tambahan Lipton berperisa Oren dan Laici.
Dan jangan lupa untuk 'sumbat' dalam mulut orang yang 'tersayang' , hasil air tangan kita. Lebih manis katanya.

By the way, harap korang sudi tinggalkan komen selepas mencuba resepi ini.
Belum cuba, belum tahu.
Hehehe




Love, AFIQAHAMIRA.




No comments:

Post a Comment