Monday, 7 August 2017

Bride to Be by 2020


Ada dua orang kawan sama-sama masa diploma dulu, kahwin these past 2 weeks berturut-turut. Cuma nya tak berapa rapat dengan aku. Rapatnya dgn Mun dan Linda. So post gambar sana sini penuh gambar kahwin orang tu, caption bagai, comment bagai.

Since masing-masing dah kahwin tinggal la beberapa ketul yang ada ni yang belum kahwin. Mun dari dulu kata dia nak kahwin by 2018, tapi ada beberapa bulan je lagi nak ke tahun 2018 tapi Mun kata belum bersedia nak kahwin. So dia nak tukar tahun kahwin tu ke 2020. Linda pulak kata mohon gap nak kahwin tu 3 bulan supaya tak kelam kabut dan ramai orang datang. Hahahaha.

Aku pulak tetiba nak join kahwin tahun 2020 sebab tak da calon. Hahahaha. So mungkin tahun 2020 tu dah ada calon. Mungkin awal dari tu. Perancangan Allah siapa tahu kan. Hmm.

Yang tak boleh tahannya tu, pergi buat group Whatsapp. “Bride to Be by 2020” *ketuk dahi*.


Members;
1) Aku
2) Mun
3) Linda.

Masalahnya, aku dgn Mun single lagi. Tak da calon. Nak kahwin dengan siapa? Hahahaha 😂



So objektif penubuhan group ni adalah seperti berikut;
1) Untuk memastikan jarak majlis perkahwinan minimum 3 bulan.
2)  Untuk list out awal-awal senarai nama bridesmaid.

Syarat kelayakan:
1) Perempuan sahaja.


Hahahahhaha merepek apa ntah masing-masing. Hadoii. Siapa berminat nak join pon boleh. Pm nombor phone. hahaha 


No comments:

Post a Comment